Monday, June 2, 2008

kilometer 39.7 lebuhraya utara selatan


gambar hiasan


minggu lepas aku balik jb,mcm biasa la balik naik motor dari parit raja balik jb ikut highway, smua macam hari2 biasa aku balik jb,sampai la aku tiba kat kilometer 39.7 lebuhraya utara selatan menuju ke jb.dari jauh aku tgk ada surat khabar melambai2,aku pn wat x tau je.tp bila semakin dekat aku perasan sorang lelaki dengan kepala berdarah bersandar pada dinding longkang sambil melambai2 surat khabar yang dipegangnya.aku berpatah balik melawan arah menuju ke lelaki itu.tanpa pikir apa2 aku parking motor dan terus berlari mendapatkan lelaki yg parah di kepalanya.lelaki cina lingkungan umur 50-an itu masih sedar tetapi dalam keadaan lemah.
hujan mula rintik2 turun,aku terus mengambil hanset lalu mendail 999 untuk mendapatkan bantuan sambil aku cuba menahan kenderaan yang lalu supaya berhenti.tp xde satu pun kereta yang berhenti,cuma 2-3 biji motorsikal yang berhenti memberi bantuan.dalam keadaan lemah lelaki itu memberitahu yang isterinya masih didalam kereta.baru aku perasan yang keretanya terjatuh didalam parit dengan 2 tayarnya terangkat.isterinya terperangkap didalam kereta dengan lututnya berada di bahagian dada.seorang penunggang motor memeriksa keadaan mangsa,tetapi mangsa tidak lagi bernyawa. suaminya sibuk bertanya keadaan isterinya yang terperangkap,kami semua keberatan untuk memberitahunya,kami cuma menyatakan yang kami tidak pasti.
selang 10 minit kemudian peronda PLUS datang ke tempat kejadian lalu menghubungi bomba dan ambulan,kami cuba untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit tetapi dihalang petugas PLUS terbabit kerana takut dimarahi pihak bomba.apa yang aku dapat lakukan hanya menelefon keluarga mangsa dan menyuruh mereka terus menuju ke hospital kulai kerana mangsa akan dihantar ke sana.lelaki cina itu mengenalkan dirinya sebagai Mr Steven dan mengucapkan terima kasih yang x terhingga kepada aku kerana menolongnya sambil tangannya memegang erat tangan ku.....
p/s: kejadian ini merupakan kali ke2 aku menyelamatkan mangsa kemalangan tetapi kejadian ini sungguh pelik.tiada sebarang kesan yang menunjukkan berlakunya kemalangan disekeliling kawasan kereta itu jatuh. itu kerana sepanjang jalan itu perdapat pembahagi jalan dan kereta mangsa jatuh ke dalam parit besar tanpa melanggar pembahagi jalan tersebut.dan yang anehnya mangsa berkata bahawa dia sedang mengalau lalat yang terbang masuk kedalam keretanya dan pekara seterusnya yang berlaku beliau merangkak kluar dari keretanya yang terbabas....pelik sungguh









No comments: